Labels

Thursday, October 27, 2011

Emas

Heboh pelaburan emas.

Hujah bencana dan wabak bakal tiba pada 2012 kerana planet Nibiru. Menurut kisah sewaktu bencana ini matawang akan susut nilai. Semasa zaman nabi matawang adalah dinar dan dirham, maka katanya ini ialah sunnah. Turut diselitkan potongan ayat dari Al-quran.

Entah sejak bila ajaran planet nibiru jadi ajaran islam. Mungkin sejak ada internet, teori konspirasi omputih senang diperoleh dan diolah supaya islamik. Memang lah ada perkataan emas dalam Quran. Mencari juga tapi tak jumpa ayat suruh guna emas sebagai mata wang.

Yang mengatakan wang itu cuma kertas yang nilainya diletak manusia. Fikirkan siapa yang meletak nilai emas? Nilai harga satu-satu barang tu ikut permintaan, pengeluaran dan spekulasi. Pelaburan emas ni menguntungkan selagi ada permintaan pada emas.

Kalau jadi nyata ramalan bencana dan wabak ini, nilai emas juga tidak selamat. Orang cedera, sakit dan lapar nak beli emas ke? Permintaan untuk emas ini tidak jelas untuk apa kegunaannya. Permintaan ini cuma atas alasan kehendak, atas alasan tamak dan bukan sebab keperluan.

Ya emas adalah satu bentuk pelaburan yang boleh memberi keuntungan. Permintaan untuk emas itu setakat ini sentiasa ada. Permintaan yang tidak dapat dipenuhi lombong emas. Lombong emas yang pada masa sama mencemar merosak bumi. Lombong yang melepas racun cyanide.

Lombong emas di Papua New Guinea

Mengikut spekulasi harga emas akan makin naik. Percaya spekulasi ini menyebabkan orang membeli emas dengan harapan dapat untung bila jual semasa harga lebih mahal.

Suka sangat berteori konspirasi meh aku kasi teori konspirasi. Orang islam akan dipengaruh supaya membeli emas beramai-ramai. Harga emas akan makin naik. Tapi kena ingat siapa yang ada simpanan emas terbesar. Mereka ini boleh menjual simpanan mereka pada harga tinggi dan mengaut untung besar. Penjualan besar-besaran ini akan menjatuhkan harga emas. Orang islam yang terpengaruh akan kerugian.

Emas sebagai matawang cuma menukar berhala sembahan. Dari duit kepada emas. Dari Ringgit kepada Dinar.

2 comments:

  1. wah, entry yang menarik, blog ni pun lawa, keep up the good work! :D

    ReplyDelete
  2. gua beli emas tahun lepas... agen cakap emas naik... ni dah nak masuk setahun asyik turun je... hampeh... btw done folow - Noob

    ReplyDelete

hah! komen-komen, kalau banyak komen baru la nampak popular. :P