Labels

Thursday, October 27, 2011

Emas

Heboh pelaburan emas.

Hujah bencana dan wabak bakal tiba pada 2012 kerana planet Nibiru. Menurut kisah sewaktu bencana ini matawang akan susut nilai. Semasa zaman nabi matawang adalah dinar dan dirham, maka katanya ini ialah sunnah. Turut diselitkan potongan ayat dari Al-quran.

Entah sejak bila ajaran planet nibiru jadi ajaran islam. Mungkin sejak ada internet, teori konspirasi omputih senang diperoleh dan diolah supaya islamik. Memang lah ada perkataan emas dalam Quran. Mencari juga tapi tak jumpa ayat suruh guna emas sebagai mata wang.

Yang mengatakan wang itu cuma kertas yang nilainya diletak manusia. Fikirkan siapa yang meletak nilai emas? Nilai harga satu-satu barang tu ikut permintaan, pengeluaran dan spekulasi. Pelaburan emas ni menguntungkan selagi ada permintaan pada emas.

Kalau jadi nyata ramalan bencana dan wabak ini, nilai emas juga tidak selamat. Orang cedera, sakit dan lapar nak beli emas ke? Permintaan untuk emas ini tidak jelas untuk apa kegunaannya. Permintaan ini cuma atas alasan kehendak, atas alasan tamak dan bukan sebab keperluan.

Ya emas adalah satu bentuk pelaburan yang boleh memberi keuntungan. Permintaan untuk emas itu setakat ini sentiasa ada. Permintaan yang tidak dapat dipenuhi lombong emas. Lombong emas yang pada masa sama mencemar merosak bumi. Lombong yang melepas racun cyanide.

Lombong emas di Papua New Guinea

Mengikut spekulasi harga emas akan makin naik. Percaya spekulasi ini menyebabkan orang membeli emas dengan harapan dapat untung bila jual semasa harga lebih mahal.

Suka sangat berteori konspirasi meh aku kasi teori konspirasi. Orang islam akan dipengaruh supaya membeli emas beramai-ramai. Harga emas akan makin naik. Tapi kena ingat siapa yang ada simpanan emas terbesar. Mereka ini boleh menjual simpanan mereka pada harga tinggi dan mengaut untung besar. Penjualan besar-besaran ini akan menjatuhkan harga emas. Orang islam yang terpengaruh akan kerugian.

Emas sebagai matawang cuma menukar berhala sembahan. Dari duit kepada emas. Dari Ringgit kepada Dinar.

Saturday, October 15, 2011

Pengalaman bersama maggi dan orang Nigeria

Suatu ketika dulu aku keseorangan menonton TV  pada pagi hari ahad di awal semester. Datang seorang budak Afrika bertanyakan dimana boleh beli makanan  dalam bahasa Inggeris dialek Afrika. Mana la ada kedai buka lagi aku menjawab dalam bahasa Inggeris dialek Melayu.

Kasihan melihat dia yang kelaparan, tergerak hati untuk bagi makan. Ini mungkin pengaruh media yang selalu mengaitkan orang Afrika dengan kelaparan. Berfikir mana nak cari tempat ada makanan. Lebih penting fikir siapa je yang dah bangun di pagi ahad ni. Teringatlah Zahir. Aku telefon Zahir dia dah bangun dan dia ada maggi. 


Aku bawa budak afrika itu pergi bilik Zahir. Bagi lah dia maggi 2 bungkus. Dia kata dia tiada alat nak memasak. Masak lah kat bilik Zahir itu. Semasa menunggu maggi kembang kami berborak. Budak itu asal dari Nigeria. Reaksi dia bila makan maggi macam loya-loya. Rasanya 2 suap sahaja dia berjaya makan.


Nigeria adalah pengeluar minyak terbesar di Africa dan antara pembekal utama kepada Amerika


Selepas dia beredar aku dan Zahir terliur melihat maggi itu. Tapi dalam hati terdetik selamatkah kalau nak makan?. Kami mula membuat kajian. Hasil carian dari internet kami dapati Wikipedia mengatakan  "HIV/Aids rate in Nigeria is much lower compared to the other African nations..". Kajian itu berlaku dengan pantas dan singkat, kerana kalau lama maggi akan terlebih kembang dan sejuk maka kurang sedap.


Atas keyakinan dari hasil kajian kami pun makan. Yay! maggi dah habis!


Untuk perkongsian, HIV/Aids tak merebak melaui kongsi makanan. Melainkan kalau dia ada luka pastu darah masuk dalam makanan dan kita juga mesti ada luka dalam mulut atau mana-mana di sepanjang sistem penghadaman. Darah pengidap itu juga perlu berjaya memasuki luka kita sebelum dimusnah sistem penghadaman. Ini satu kebarangkalian yang rendah. Hidup ialah satu perjudian.


Oh lagi, beberapa mingu kemudian sampai maklumat yang budak Nigeria itu kaya-raya. Yuran-yuran 4 tahun dah habis bayar.

Wednesday, July 6, 2011

Pilihanraya Yang Adil

Mari bercakap secara rasional mengenai pilihanraya yang adil. Bukan cakap mengarut Dajal, Yakjuj Makjuj, Freemason, Kristian, Komunis, Yahudi, Alqaeda dalang apa semua ni.

Khabar angin mengata mereka mahu mengulingkan kerajaan. Ya mereka memang mahu menjatuhkan kerajaan sekarang dan mereka mahu mengalahkan kerajaan sekarang melalui pilihanraya. Pertama untuk menang pilihanraya itu mesti adil.

Tak bagus ke pilihanraya adil?

Pilihanraya yang adil bila yang menang dan menjadi kerajaan memerintah itu betul-betul ialah kerajaan yang dipilih rakyat. Hari ini pilihanraya yang adil itu diperjuang oleh Pakatan Rakyat. Ditentang oleh Barisan Nasional. Apa Barisan Nasional takut kalah bila pilihanraya itu adil?

Bersihkan senarai pengundi
umur 130 tahun?


Mereformasi undi pos. undi pos tu perlu untuk tentera, pegawai kerajaan, atau pelajar diluar negara. tapi bukan untuk polis yang kerja di pejabat polis seberang sekolah pusat mengundi.

Dakwat kekal. dakwaan pengundi hantu, dakwaan mengundi berulang kali. Dakwaan ini mungkin betul mungkin tidak.Dengan guna dakwat dijari ini dakwaan ini boleh didiamkan.

Akses media. leh tengok sendiri akses media perdana sekarang

Pilihanraya mesti adil. Di Mesir, Husni Mubarak menang mejoriti pilihanraya. Rakyat sudah tidak percaya dengan keputusan pilihanraya terpaksa menunjuk mejoriti di dataran. Penyokong dan penentang Mubarak bertempur untuk menunjuk siapa mejoriti. Akhirnya Mubarak dijatuhkan.

Tak mahu jadi seperti di Mesir. Transisi kuasa biarlah melalui pilihanraya. Pilihanraya perlulah diyakini adil. Yang menang ialah yang betul dipilih rakyat. Bukan nya yang menipu untuk menang. Bukan nya yang mengugut rakyat supaya dipilih. Bukan nya merasuah rakyat dengan duit rakyat supaya dipilih.

Kononya mahu jadi negara maju. Lihat sistem pilihanraya negara maju. Pilihanraya adil semua terima keputusan. Selambe je tukar-tukar kerajaan. Tak payah gaduh-gaduh pun.